COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat

Astro Awani
Disember 4, 2022 06:15 MYT
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad terus menunjukkan trend penurunan dengan 1,502 kes dilaporkan, berbanding 1,866 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW mendedahkan, kes kematian juga menurun kepada satu digit kepada tiga kes, berbanding tujuh kes semalam.
Dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad.
Daripada jumlah itu 20,889 kes atau 92.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Manakala, 1,512 pesakit mendapat rawatan di hospital.
104 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 70 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,093 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;