COVID-19: 1,482 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi

Astro Awani
Mac 31, 2021 18:43 MYT
Jumlah kumulatif kes positif baharu sehingga kini adalah sebanyak 345,500 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,482 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan pada 31 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 345,500 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang (200) dan Sarawak (176).
"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus)," katanya dalam kenyataan harian berkaitan kes COVID-19 pada Rabu.
Daripada 1,482 kes baharu, sebanyak 1,480 merupakan kes tempatan dan dua lagi adalah kes import.
Katanya, seramai 164 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,070 kes menjadikan jumlah kumutaltif sebanyak 329,624 kes.
Terdapat tujuh lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,272 kes.
"Terdapat tujuh kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Sabah.
"Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara," katanya lagi.
Berikut merupakan pecahan kes positif baharu mengikut negeri.
Selangor - 661 (116,078)
Sabah - 69 (54,767)
Johor - 86 (41,255)
WP KL - 42 (37,820)
Negeri Sembilan - 32 (17,268)
Sarawak - 176 (16,390)
Pulau Pinang - 200 (16,069)
Perak - 31 (12,966)
Kedah - 37 (8,435)
Melaka - 41 (6,542)
Kelantan - 57 (6,250)
Pahang - 36 (4,266)
Terengganu - 2 (3,593)
WP Labuan - 8 (2,328)
WP Putrajaya - 3 (1,143)
Perlis - 1 (330)
#COVID-19 #kes positif #Selangor #pulau pinang #Sarawak #Dr Noor Hisham Abdullah #kematian #jumlah kes #kluster #Kes sembuh #ICU
;