COVID-19: 1,354 kes baharu, 1,782 kes sembuh
Fareez Azman
Mac 14, 2021 17:29 MYT
Mac 14, 2021 17:29 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,354 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,340 kes merupakan kes tempatan manakala 14 lagi adalah kes import, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 323,763 kes.
Bagaimanapun sebanyak 1,782 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 306,274 kes.
Jelas KKM lagi, empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian ketika ini 1,210 kes.
158 kes pula kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 71 daripada kes itu memerlukan bantuan pernafasan.
Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes positif COVID-19 dengan 577 kes, diikuti Sarawak 178 kes, Pulau Pinang 154 kes, Johor 121 kes dan Perak sebanyak 101 kes.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan 55 kes, diikuti Sabah 39 kes, Terengganu 37 kes, Kedah 33 kes dan Kelantan 26 kes.
Manakala Melaka, Pahang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Labuan hanya mencatatkan kurang daripada 20 kes positif COVID-19.
Perlis pula tidak mencatatkan sebarang kes.
#Kuala Lumpur
#KKM
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#Putrajaya
#Negeri Sembilan
#Perlis
#Malaysia
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#kes positif
#kesihatan
#Pahang
#Kedah