COVID-19: 1,327 kes positif baharu, Selangor kekal tertinggi

Astro Awani
Mac 21, 2021 17:49 MYT
Sebanyak 1,327 kes positif baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,327 kes positif baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 333,040 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya memaklumkan Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 356 kes.
Sarawak merupakan negeri kedua tertinggi dengan 276 kes diikuti Pulau Pinang dengan 205 kes, Johor (141) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 115 kes.
Empat kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 1,233 kes.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,247 menjadikan jumlah keseluruhan sumbuh sehingga 21 Mac ialah 317,289 kes.

Sehingga *21 Mac 2021* Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah *1,327 kes (333,040 kes)* Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 356 (111,906) Sabah - 50 (54,259) Johor - 141 (40,014) WP KL - 115 (37,067) Negeri Sembilan - 22 (16,956) Pulau Pinang - 205 (14,637) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sarawak - 276 (14,250) Perak - 55 (12,670) Kedah - 30 (8,090) Melaka - 10 (6,286) Kelantan - 30 (5,621) Pahang - 11 (4,008) Terengganu - 18 (3,557) WP Labuan - 0 (2,279) WP Putrajaya - 3 (1,114) Perlis - 5 (326). 2/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selangor - 356 (111,906)
Sabah - 50 (54,259)
Johor - 141 (40,014)
WP KL - 115 (37,067)
Negeri Sembilan - 22 (16,956)
Pulau Pinang - 205 (14,637)
Sarawak - 276 (14,250)
Perak - 55 (12,670)
Kedah - 30 (8,090)
Melaka - 10 (6,286)
Kelantan - 30 (5,621)
Pahang - 11 (4,008)
Terengganu - 18 (3,557)
WP Labuan - 0 (2,279)
WP Putrajaya - 3 (1,114)
Perlis - 5 (326)
#COVID-19 #kes baharu positif #Dr Noor Hisham Abdullah #Selangor #positif
;