COVID-19: 1,251 kes jangkitan baharu direkodkan
Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 7, 2022 12:15 MYT
Mei 7, 2022 12:15 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,251 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi dengan menjadikan angka terkini jumlah kumulatif kes COVID-19 kepada 4,455,364 kes.
Jumlah yang direkodkan semalam itu adalah membabitkan 1,242 kes jangkitan tempatan sementara sembilan daripadanya adalah kes import.
Manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM pula adalah berjumlah 25,517 kes.
Sebanyak 76 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
3,181 kes sembuh pula direkodkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 4,394,271 kes.
Tujuh kes kematian turut dicatatkan semalam membabitkan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Jumlah itu menjadikan angka korban akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah berjumlah 35,576 kes.