COVID-19: 1,244 kes baharu, lima kematian dicatat

Astro Awani
Oktober 3, 2022 07:40 MYT
Dilaporkan 968 kes dirawat di hospital dengan 25 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. -Astro AWANI/Shahir Omar
JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara pada Isnin turun ke 1,244 kes berbanding 1,360 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima kes kematian dicatat semalam.
Dua daripada kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,331.
Sebanyak 22,317 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 968 kes dirawat di hospital dengan 25 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2005 kes sembuh.
#COVID-19 #bid #KKM #kes positif
;