COVID-19: 1,210 kes positif, ini lima tumpuan kenyataan media KKM

Isabelle Leong
November 17, 2020 10:16 MYT
Berikut merupakan lima tumpuan berhubung perkembangan wabak COVID-19 di Malaysia menurut ciapan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan sebanyak 1,210 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes terkini di dalam negara ialah 49,730 kes.
Berikut merupakan lima tumpuan berhubung perkembangan wabak COVID-19 di Malaysia menurut ciapan pada akaun rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 17 November 2020:
1. 1,210 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 49,730 kes.
2. Lima kes kematian baharu dilaporkan.
3. 19 kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lima warganegara dan 14 lagi bukan warganegara.
4. 105 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 40 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
5. Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 13,806.
BACA: COVID-19: 1,210 kes baharu, Lembah Klang masih catat kes tertinggi
#Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #COVID-19 #Malaysia #ICU #kes import #Ketua Pengarah Kesihatan