COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat

Astro Awani
Disember 16, 2022 22:40 MYT
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat turun sedikit kepada 1,138 kes, berbanding 1,161 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut maklumkan kes kematian kembali meningkat kepada 8 kes, berbanding tiga kes yang dilaporkan pada Khamis.
Tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,052 pesakit mendapat rawatan di hospital.
56 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,420 kes sembuh.
#COVID-19 #kes baharu #kes positif #KKMNOW