COVID-19: 1,116 kes positif baharu, 5 lagi kematian

Astro Awani
Mac 22, 2021 18:38 MYT
Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 403 kes dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 158 kes dan Sarawak (124). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,116 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kini 334,156 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 1,238 kes.
"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes (36.1 peratus).
"Daripada jumlah ini, sebanyak 337 kes (83.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes (14.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 124 kes (11.1 peratus)," katanya dalam satu kenyataan media harian kes COVID-19 pada Isnin.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,495 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini ialah 318,784 kes.
Sebanyak 14,134 kes aktif direkodkan dengan 156 menerima rawatan di Unit rawatan Rapi (ICU) dan 60 lagi menerima bantaun plat Pernafasan.
"Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI)," katanya lagi.
Dr Noor Hisham melaporkan sebanyak 10 kluster baharu direkodkan yang melibatkan lapan kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.
Berikut ialah jumlah kes harian mengikut negeri:
Selangor - 403
Sabah - 36
Johor - 86
WP KL - 158
Negeri Sembilan - 41
Pulau Pinang - 88
Sarawak - 124
Perak - 39
Kedah - 27
Melaka - 12
Kelantan - 44
Pahang - 42
Terengganu - 3
WP Labuan - 8
WP Putrajaya - 5
Perlis - 0
#COVID-19 #kes positif #jumlah kemulatif #kes kematian #jumlah kematian #Kes sembuh #jumlah sembuh
;