COVID: 167 pesakit di ICU, ini 5 tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham

Astro Awani
Mac 27, 2021 18:43 MYT
Sebanyak 1,199 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 340,642. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 167 pesakit COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja dan empat kluster komuniti.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Sabtu;
1. Sebanyak 1,199 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 340,642.
2. Lima merupakan kes import termasuk dua membabitkan warganegara Malaysia.
3. Selangor masih mencatat angka tertinggi kes baharu dengan 283 kes jangkitan, diikuti Sarawak (267) dan Kelantan (138).
4. Sebanyak 1,257 pesakit sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan sebanyak 325,182.
5. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan dua kematian baharu akibat COVID-19.
#ICU #kesihatan #COVID-19 #kluster #kematian #kes baharu #Selangor #Sarawak #Kluster baharu #tempat kerja #Dr Noor Hisham Abdullah
;