Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j secara rahsia selesai kes saman

Astro Awani
Mac 1, 2019 09:59 MYT
Clare berkata, Sarawak Report bersetuju dengan syarat yang ditetapkan Abdul Hadi, bahawa semua pihak perlu merahsiakan maklumat transaksi berkenaan.
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengesahkan ada menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.
Katanya, Abdul Hadi sudahpun membuat pembayaran menerusi peguamnya Americk Sidhu.
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat yang ditetapkan Abdul Hadi, bahawa semua pihak perlu merahsiakan maklumat transaksi berkenaan," lapor Malaysiakini.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana penyelesaian di luar mahkamah supaya merahsiakan transaksi berkenaan demi menjaga air muka pihak yang harus membayar penyelesaian luar mahkamah.
Clare juga berkongsi beberapa imej dokumen berkenaan transaksi berkenaan, termasuk dokumen rahsia berupa cek Bank Islam dan sepucuk surat pengesahan dari Maybank.
BACA: Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar
BACA: Penyelesaian luar mahkamah tidak babit sebarang kos - Takiyuddin
BACA: Pas bayar lebih RM1 juta kepada editor Sarawak Report?
#Abdul Hadi Awang #bank #Clare Rewcastle-Brown #dokumen #mahkamah #Malaysiakini #Maybank #PAS #rahsia #saman #Sarawak Report #transaksi
;