#CikguSayaBest: Ini antara perkongsian memori indah di bangku sekolah netizen bersama guru kesayangan

Afiq Ariffin, Sahlizah Mohamed
Mei 16, 2020 14:30 MYT
Suka atau tidak, tanggungjawab guru sama seperti ibu bapa kita, memberi didikan tanpa kenal erti lelah kerana amanah yang dipikul bukan perkara mudah. - Foto Astro AWANI
SAMBUTAN Hari Guru saban tahun lazimnya akan menggamit kembali memori ketika di bangku sekolah tidak kira sama ada momen itu pahit mahupun manis.
Sejak di dalam bilik darjah sehingga ke bilik kuliah pasti banyak peristiwa yang akan dikenang sampai bila-bila dan adakala mengundang tawa serta air mata.
Ada yang menggemari zaman persekolahan dan tak kurang juga kaki ponteng yang jarang-jarang dilihat di dalam bilik darjah.
Namun guru tetap guru, diumpamakan sebagai lilin yang sentiasa menerangi orang lain.
Jasa dan khidmat mereka dalam mendidik anak bangsa menjadi orang berguna tidak akan mampu dibalas.
Suka atau tidak, tanggungjawab guru sama seperti ibu bapa kita, memberi didikan tanpa mengenal erti lelah kerana amanah yang dipikul bukan perkara mudah.
Perkongsian warga netizen menerusi platform media sosial Astro AWANI tidak kurang menariknya.
Berikut antara catatan netizen dalam memaknai sambutan Hari Guru:

Arwah byk sangat bantu saya sewaktu di form6& juga waktu di U. Tak sangka saya kehilangannya dlm sekelip mata. Saya hilang tempat bertanya, tempat mengadu nasib. Takkan ada yang boleh ganti tempat dia sebagai cikgu PP saya. Forever in my heart, arwah cikgu Rashda :')

— slečna Iqa (@slecnaqa_) May 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Masa sklh rendah dlu slalu dpt denda tulis ayat berulang kali. Contoh mcm 'saya akan jadi pelajar berguna' smpi beratus kali. Besar hikmah denda mcm tu. Ayat yg kita tulis tu adala DOA tuk diri kita sendiri, latihan dlm menulis. Terima kasih cikgu.

— ReLL Kupi 'O' ping!! (@lirhahs9o) May 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Masa tahun 5 ada kelas pemulihan untuk pelajar yang tak pandai membaca . Start darjah 6 saya baru pandai membaca berkat didikan cikgu . Kalau tak de kelas pemulihan tu mesti saya tak boleh membaca . Terima kasih cikgu

— KAKAK TERTEMBAM (@keyleyza) May 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
BACA: Guru diseru lipatganda usaha lonjak kualiti pendidikan negara
#Astro #Astro Awani #Hari Guru #media sosial #perkongsian #sekolah #selamat hari guru
;