Cikgu Sam tersenarai 10 finalis terbaik Hadiah Guru Global 2020

Azyyati Ahmad
Oktober 28, 2020 13:05 MYT
Samuel berpeluang merebut hadiah wang tunai AS$1 juta (RM4.3 juta) dalam anugerah anjuran Yayasan Varkey yang berpangkalan di Dubai itu. - Foto Twitter Global Teacher Prize
KUALA LUMPUR: Guru Adiwira, Samuel Isaiah, tersenarai dalam 10 finalis terbaik bagi menerima anugerah Hadiah Guru Global 2020.
Beliau yang sebelum ini tular kerana kegigihannya membawa perubahan dalam pengajaran Bahasa Inggeris kepada murid Orang Asli di sekolahnya di Pahang, turut tersenarai bersama sembilan lagi guru dari seluruh dunia.
Samuel, lebih mesra dipanggil Cikgu Sam, berpeluang merebut hadiah wang tunai AS$1 juta (RM4.3 juta) dalam anugerah anjuran Yayasan Varkey yang berpangkalan di Dubai itu.
Cikgu Sam pernah tular kerana memperkenalkan ‘sekolah pokok’ dan pembelajaran menggunakan ukulele dalam kalangan muridnya yang berketurunan suku Jakun di Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang, Muadzam Shah.

Malaysian teacher Samuel Isaiah has been named a top ten finalist for the Global Teacher Prize 2020, in partnership with @UNESCO. Now in its sixth year, the US$1 million award is the largest prize of its kind. @samuel_isaiah87 #teachersmatter #gtp2020 #tuesdaymotivation pic.twitter.com/8pAuRe9Mrk

— Global Teacher Prize (@TeacherPrize) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keberkesanan idea dan kreativitinya membentuk ruang pembelajaran yang lebih menyeronokkan berjaya menarik kehadiran yang tinggi dalam kalangan murid Orang Asli untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Cikgu Sam pernah dinobatkan pneerima anugerah Guru Adiwira pada 2019 dan anugerah Best Teacher Award Asean-Elt Conference, 2018.
Turut tersenarai dalam 50 finalis terbaik Hadiah Guru Global 2020 adalah Guru Cemerlang Sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah, Norhailmi Abdul Mutalib.
Anugerah Hadiah Guru Global diperkenalkan pada 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang berjaya membawa inpirasi kepada pelajar dan komuniti sekitar mereka.
#Samuel Isaiah #Guru Adiwira #Hadiah Guru Global 2020 #SK Runchang #Unesco #Global Teacher Prize 2020 #kreatif #ruang pembelajaran #Cikgu Sam
;