Cik Puan Muda Julita Aishah stabil

Mohd Zalani Md Atan
Jun 20, 2019 16:51 MYT
Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff kini menerima rawatan di hospital pakar KPJ Pahang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.- Gambar fail
Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff kini menerima rawatan di hospital pakar KPJ Pahang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau yang mengalami kecederaan pinggang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dinaikinya mengalami kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor kira-kira pukul 9 pagi, tiba di hospital tersebut pada pukul 2.30 petang tadi.
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turut berada di hospital berkenaan.
Dalam kejadian pagi tadi, kenderaan yang dinaiki Cik Puan Julita Aishah itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan.
Namun pemandu kenderaan MPV berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd. Ali, 24, serta pembantu rumah yang merupakan warga Filipina dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu MPV telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan.
BACA: Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan
#Cik Puan Muda Julita Aishah stabil #Cik Puan Muda Pahang #kemalangan #KPJ Kuantan #stabil #Tengku Muda Pahang
;