CIDB lakukan 25 pemeriksaan tapak binaan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 17, 2021 17:24 MYT
Ismail berkata, dari 25 pemeriksaan, 24 tapak binaan beroperasi manakala satu lagi tidak beroperasi dan kesemuanya mematuhi SOP. - Gambar hiasan/ FreeImages.com
KUALA LUMPUR: Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 25 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara pada Selasa.
Daripada jumlah itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 24 tapak binaan beroperasi manakala satu lagi tidak beroperasi.
Selain itu katanya, pemeriksaan mendapati, kesemua tapak binaan terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Rabu;
1) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills, Bintulu, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 18 Mac dilanjutkan sehingga 25 Mac 2021.
2) 125 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
3) Seramai 829 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
4) Sebanyak 88 operasi sanitasi dilakukan meliputi 26 zon merah, lima zon jingga, 10 zon kuning dan lima zon hijau di seluruh negara.
5) Seramai 3,567 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada Selasa dan daripada jumlah itu, 35 didapati positif.
BACA: PKPD Rumah Sewa Anong, Baverly Hills, Bintulu dilanjutkan - Ismail Sabri
#SOP #PKP #PKPB #warga asing #PKPP #cidb #COVID-19 #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #Tapak binaan
;