Chua Soi Lek kekal presiden MCA buat sementara waktu

Aizat Sharif
Mei 11, 2013 06:28 MYT
Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek akan kekal sebagai presiden parti sehingga perkara-perkara dalaman diselesaikan.
"Saya akan meninggalkan parti tetapi ia bergantung pada masa yang sesuai apabila segala-galanya telah diselesaikan," kata Chua.
Chua berkata keputusan tegas itu juga bermakna beliau akan meletak jawatan sebelum pilihan raya parti di peringkat kebangsaan.
"Majlis Tertinggi telah memutuskan pilihan raya parti itu akan bermula pada bulan Jun daripada cawangan hingga ke peringkat kebangsaan," katanya.
#Chua Soi Lek #diselesaikan #kekal #MCA #perkara dalaman #presiden