MENERUSI Chrome versi 121, Google telah mengintegrasikan beberapa ciri AI generatif secara terus pada pelayar web ini bagi mempermudahkan tugasan melibatkan penulisan, organisasi dan juga memperibadikannya menerusi ciri tema.
Pertama sekali ialah ciri pengurusan tab yang lebih bijak. Chrome akan memberikan saranan menggabungkan tab ke dalam kumpulan berdasarkan persamaan kandungan yang sedang dilayari.
Ia turut boleh memberikan saranan nama kumpulan serta emoji yang boleh digunakan bagi memudahkan ia dicari semula oleh pengguna di kemudian hari.
Untuk menggunakan ciri ini klik kanan pada tab dan pilih “Organize Similar Tabs”.
Seterusnya ialah ciri mencipta tema sendiri yang lebih serasi serta untuk untuk setiap pengguna. Menerusi AI generatif, latar belakang yang unik dijana menerusi prom atau pilihan yang diberikan.
Berikan gaya serta mood latar belakang yang diinginkan. AI generatif Google akan kemudiannya menjana latar belakang untuk tema Chrome yang khusus untuk anda.
Akhir sekali ialah ciri membantu penulisan. Ini boleh digunakan untuk menulis ulasan ia laman Google Maps atau menghasilkan status di laman media sosial pilihan.
Tulis satu rangkap ayat dan kemudian pilih “Help me write”. Chrome kemudian boleh menjana karangan yang lebih panjang menggunakan ayat yang ditulis oleh anda menerusi kuasa AI generatif.
Ciri ini akan diberikan secara berperingkat pada versi Chrome bulan depan. -Amanz
Amanz
Wed Jan 24 2024
Ciri ini akan diberikan secara berperingkat pada versi Chrome bulan depan. -Amanz
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Masih ingat pada pelayar web Internet Explorer?
Microsoft mahu melupakan jenama IE bagi memadamkan sama sekali persepsi negatif yang diterimanya sepanjang pelayar web itu beroperasi.