Chini Memilih: Mengundi dalam kelaziman baharu, ini anda perlu tahu

Fareez Azman
Julai 2, 2020 11:03 MYT
Jari pengundi akan dicat dakwat menggunakan berus oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dipakaikan sarung tangan plastik. - Astro Awani
Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang akan berlangsung 4 Julai ini merupakan pilihan raya kecil pertama diadakan dalam keadaan normal baharu.
Ini perkara yang anda perlu tahu bagaimana proses pengundian normal baharu dijalankan:
1) Tempoh pengundian dipanjangkan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang.
2) Pengundi diminta keluar mengundi mengikut masa yang ditetapkan.
2) Pengundi digalak memakai topeng pelitup muka pada hari pengundian.
4) Pengundi perlu bawa kad pengundi yang telah diserahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
5) Pengundi yang tiba di saluran mengundi perlu mengikut prosedur operasi standard dengan menjaga jarak, pengesanan suhu, sanitasi tangan di kaunter saringan sebelum dibenarkan masuk.
6) Pengundi akan dicalit dakwat di jari menggunakan berus (satu berus, satu pengundi)
7) Pengundi kemudiannya akan dipakaikan sarung tangan plastik sebelum diserahkan kertas undi.
8) Selesai mengundi, sarung tangan hendaklah dibuang di tong yang disediakan.
9) Pengundi kemudian diminta untuk mengimbas kod QR MySejahtera yang diletakkan di laluan keluar.
10) Bagi pengundi yang mempunyai gejala / tidak sihat, proses pengundian akan dijalankan di khemah khas yang dijaga oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#Berus #Dakwat #DUN Chini #Kementerian Kesihatan #KKM #N23 #normal baharu #Pemilih #pengundi #penjarakan sosial #pilihan raya #PRK #Sanitasi tangan #SOP #Suruhanjaya Pilihan Raya
;