Chin Peng meninggal dunia di Bangkok
Astro Awani
September 16, 2013 12:29 MYT
September 16, 2013 12:29 MYT
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post.
Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.
Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.