Chef selebriti, Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Asyraf Roslan
Mei 19, 2019 10:47 MYT
Adam disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan - Facebook/Adam Didam
Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Ilahi pada usia 29 tahun.
Berita pemergian beliau telah disahkan oleh sepupu lelakinya yang enggan dikenali.
Seorang lagi sepupunya, Natasha Amran juga berkongsi berita tersebut melalui Instagram miliknya pada pagi Ahad.
"Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin," tulisnya menerusi posting tersebut.
Adam disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.
Keluarga Adam dikatakan sudah mengetahui masalah kesihatannya yang menghidapi jangkitan pada paru-parunya.
Solat jenazah akan diakan di Masjid Telipot dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat zohor.
Sementara itu, pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Allahyarham, turut memuat naik semula posting Natasha di Instastory.
Neelofa juga berkongsi gambar mereka bersama ketika kanak-kanak di Instagram.

Oh Adam, too young and gone too soon! Innalillah, sending my love and my prayers to your family and you. May Allah grant you the highest of Jannah, may Allah ease everything for you and your family, insyaAllah. You will always be remembered Adam, you will be missed. Al-Fatihah

— Neelofa (@Neelofa) May 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Adamdidam #chef #jenazah #keluarga #Kota Bharu #Neelofa #sakit
;