Che'gu Bard ditahan polis

Sinar Harian
Julai 28, 2024 11:40 MYT
Penahanan Che'gu Bard dikatakan untuk siasatan berkaitan pendedahan dakwaan isu korupsi dan rasuah oleh pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). - Gambar fail
SHAH ALAM: Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.
Pengesahan penahanan aktivis politik berkenaan disahkan oleh peguam, Rafique Rashid.
Rafique berkata, penahanan Che'gu Bard untuk siasatan berkaitan pendedahan dakwaan isu korupsi dan rasuah oleh pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Beliau ditahan jam 3 petang ini di IPD Putrajaya, difahamkan untuk siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Ahad.
Katanya, pihak polis juga mengesahkan permohonan reman akan dibuat di hadapan Majistret Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi Isnin. - Sinar Harian
#Che'gu Bard #ditahan polis #TLDM #kes rasuah