ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting

Amanz
April 30, 2024 12:00 MYT
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori. -Gambar fail/ETX
BERBUAL dengan ChatGPT adalah menarik di peringkat awal tetapi selepas lebih setahun kami menyedari ia masih lagi sekadar chatbot dan bukannya insan yang mengingati maklumat yang pernah dibincangkan.
OpenAI mengumumkan ciri baharu “Memory” untuk pelanggan ChatGPT Plus yang membolehkan ia menyimpan maklumat tertentu.

Memory is now available to all ChatGPT Plus users. Using Memory is easy: just start a new chat and tell ChatGPT anything youd like it to remember.

Memory can be turned on or off in settings and is not currently available in Europe or Korea. Team, Enterprise, and GPTs to come. pic.twitter.com/mlt9vyYeMK

— OpenAI (@OpenAI) April 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
Selepas itu apabila dalam perbualan lain dilakukan yang menyentuh topik yang perbualan sama, ChatGPT boleh memberikan jawapan yang lebih tepat.
Dalam contoh diberikan di atas, ChatGPT mengingati haiwan peliharaan pengguna. Apabila diarahkan menjana imej, ChatGPT menjaga imej yang sama dengan baka haiwan yang telah disimpan dalam memori.
Ciri Memory boleh dimatikan sekiranya pengguna risau mengenai privasi. Ia hanya untuk pelanggan ChatGPT Plus pada waktu ini kecuali di Korea Selatan dan Eropah. -Amanz
#ChatGPT #memory #OpenAI #chatbot
;