ChatGPT o3-mini ditawar kepada semua, termasuk pengguna percuma

Amanz
Januari 27, 2025 10:20 MYT
OPENAI sedia memperkenalkan model kecerdasan buatan mereka di bawah siri “o” yang memfokuskan kepada sokongan penaakulan lebih baik.
Ia sangat sesuai dalam memberikan penyelesaian lebih kreatif, termasuk melibatkan matematik, sains dan sebagainya.
Model paling baharu diumumkan adalah o3, dan ia masih belum diperkenalkan kepada semua buat masa ini.
Model o3 ini dijangka ditawarkan kepada para pelanggan ChatGPT Plus dalam masa beberapa minggu lagi.
Selari dengannya, CEO OpenAI turut berkongsi mengatakan versi percuma ChatGPT akan menerima model o3-mini.
Tetapi, seperti biasa, penggunaannya akan terhad, sebaliknya pengguna berbayar boleh menggunakannya pada had lebih tinggi.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi model penaakulan baharu ChatGPT ini.

big news: the free tier of chatgpt is going to get o3-mini! (and the plus tier will get tons of o3-mini usage)

— Sam Altman (@sama) January 23, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#OpenAI #ChatGPT #Model o3 #penaakulan #ChatGPT o3-mini
;