Chatbot xAI dinamakan Grok, ada kelebihan akses info masa-nyata
Amanz
November 4, 2023 19:53 MYT
November 4, 2023 19:53 MYT
LANJUTAN daripada berita semalam, hari ini Elon Musk berkongsi nama untuk sistem chatbot yang dibangunkan oleh xAI, dikenali dengan nama Grok.
Menurut Elon Musk, salah satu kelebihan Grok berbanding pesaing lain dalam arena sama adalah Grok mempunyai akses kepada info masa-nyata melalui perkongsian dan data melalui platform X (atau Twitter).
Ini sekali gus memudahkan pengguna bertanyakan pelbagai info terkini, dan mendapatkan jawapan berkenaan dengannya – salah satu perkara yang jauh mendahului ChatGPT dan yang lain.
Disamping itu, Elon Musk turut menyatakan Grok turut akan mengintegrasikan jenaka dalam balasan kepada pengguna.
Akses untuk Grok ini masih pada peringkat tertutup lagi buat masa ini. Elon Musk mengatakan selepas fasa beta awal, akses kepada sistem Grok akan dibuka kepada semua pelanggan X Premium+ – yang berharga RM70 sebulan.
Ia tidak diketahui lagi sama ada akses kepada Grok akan ditawarkan di luar pengguna X atau tidak. -Amanz