Charles Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi SPAN

Bernama
Mac 27, 2023 09:11 MYT
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lepas. - Gambar fail/FB/Charles Anthony Santiago
PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lepas.
SPAN menerusi satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Santiago itu melengkapkan barisan kepimpinan anggota suruhanjaya baharu SPAN bagi penggal 2023 hingga 2025.
Santiago pernah dilantik sebagai pengerusi SPAN sebelum ini bagi tempoh dua tahun bermula 1 Nov 2018 hingga 31 Okt 2020 namun perkhidmatan beliau ditamatkan lebih awal iaitu pada 10 April 2020.
Dalam kenyataan sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berharap kepimpinan baharu SPAN dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air (WST 2040).
-- BERNAMA
#Charles Anthony Santiago #pengerusi span #dilantik semula #Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara