CES 2019: Qualcomm pergiat usaha dalam industri kereta melalui 'kokpit digital'
Ibrahim Sani
Januari 8, 2019 09:19 MYT
Januari 8, 2019 09:19 MYT
Qualcomm, salah satu syarikat pembikinan cip terbesar dunia, kini memberi tumpuan terhadap pembikinan cip untuk kereta.
Kokpit digital adalah sebuah sistem di mana dalaman kereta dibentuk secara digital sepenuhnya.
Semua di dalam kereta adalah peranti yang boleh sentuh dan boleh berbicara, sama seperti Apple Siri.
Untuk CES 2019, Qualcomm telah mempamerkan cip mereka untuk menghasilkan produk kokpit digital yang terbaik di pasaran.
Qualcomm telah berjaya bekerjasama dengan 18 dari 25 syarikat pembuatan kereta terbesar di dunia untuk memajukan lagi projek cip kokpit digital mereka.
Sebelum ini, Qualcomm adalah pembuat cip untuk telefon pintar bagi syarikat terbesar dunia seperti Samsung, Huawei dan LG.
Bagaimanapun untuk tahun 2019, mereka telah menggariskan tumpuan bagi mempergiatkan lagi usaha dalam perusahaan cip kokpit digital.
Dinamakan sebagai Snapdragon Automotive Cockpit Platforms, cip ini boleh menggunakan kesemua sistem wireless seperti WiFi, Bluetooth, 4G/5G dan sebagainya.
Syarikat pembuat kereta seperti Ford dan Acura di Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Qualcomm untuk memastikan produk kokpit digital ini dimasukkan ke dalam model-model kereta baharu mereka.
Dengan adanya kokpit digital, pengguna kereta boleh menjadikan kereta mereka pintar dengan serta-merta.
Ini termasuk menggunakan arahan suara, sistem pengenalan muka dan cap jari dan sebagainya.
Kereta yang mempunyai kokpit digital juga boleh memastikan ‘Cellular Vehicle To Everything’ atau C-V2X juga akan dipasarkan.
C-V2X adalah antara ciri terpenting yang akan membuatkan industri pemotoran memasuki dunia teknologi dengan lebih pantas.
Buat pertama kalinya, Astro AWANI memberi liputan secara langsung di CES 2019 di Las Vegas. Ikuti segala perkembangan CES 2019 bersama Editor Bisnes Astro AWANI melalui laman sosial beliau @ibrahimsaninet
#Amerika Syarikat
#Apple
#Astro
#Astro Awani
#ces
#ces 2019
#Ford
#ibrahim sani
#kereta
#kokpit digital
#laman sosial
#qualcomm
#Samsung
#snapdragon
#style
#telefon pintar