CEO AirAsia X nafi letak jawatan
Astro Awani
Januari 27, 2015 13:08 MYT
Januari 27, 2015 13:08 MYT
Laporan yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Bhd, Azran Osman-Rani meletak jawatan dari syarikat penerbangan murah itu ternyata tidak sahih.
Azran menafikan laporan perletakan jawatan tersebut menerusi satu kiriman SMS kepada Astro AWANI yang ringkas menyebut: "that's 'news' to me".
Apabila ditanya bagaimana spekulasi ini timbul, Azran berkata, "anything goes here in Malaysia".
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Azran dijangka akan menyertai semula industri perundingan pengurusan.
Azran, 44 dilantik Ketua Pegawai Eksekutif pada Julai 2010. Kontrak Azran dilanjutkan untuk tiga tahun lagi apabila ia berakhir pada 4 Julai 2013.