Cemas data digodam? SayaKenaHack.com boleh membantu
Hilal Azmi
November 16, 2017 12:01 MYT
November 16, 2017 12:01 MYT
Hari ini muncul sebuah laman untuk membolehkan pengguna menyemak sama ada data peribadi mereka digodam atau tidak.
SayaKenaHack.com mengambil inisiatif mengumpulkan pangkalan data yang bocor sebelum ini dan setakat ini pemeriksaan hanya terhad untuk maklumat berkaitan syarikat telco utama di negara ini.
Pencipta laman web, Keith Rozario memberitahu tidak semua maklumat yang bocor dari pangkalan data maklumat peribadi berguna kepada penggodam dan penjenayah siber.
Katanya, nombor IMEI yang boleh digunakan untuk penipuan tidak lagi relevan kerana kebanyakan pengguna telah pun menukar telefon mereka sejak 2014.
Malah, data yang diperolehinya adalah hasil gabungan beberapa maklumat yang bocor sebelum ini dan digabungkan bagi membantu pengguna menyemak status mereka.
Katanya lagi, pengguna tidak perlu risau kerana laman ini tidak mendedahkan kesemua maklumat yang telah bocor kerana ia hanya menunjukkan angka pertama dan terakhir yang membabitkan akaun anda.
Beliau pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menggunakan laman web terbabit menerusi twitternya.
#data berguna untuk penggodam
#IMEI
#Kebocoran Maklumat Data Peribadi
#keith rozario
#Nombor Kad pengenalan bocor
#pembangun laman sayakenahack com
#sayakenahack com