Cef Malaysia pukau pelajar institut pelancongan Sri Lanka

Bernama
September 10, 2024 07:30 MYT
Pelajar kulinari teruja mempelajari hidangan popular dan teknik menyediakan makanan Malaysia yang ditunjukkan Cef Murad dari Malaysia. - Foto Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo
NEW DELHI: Seorang cef Malaysia memukau pelajar di sebuah sekolah pengurusan hotel di Sri Lanka dengan demonstrasi masakannya.
Cef Murad mengadakan pertunjukan memasak di Institut Pelancongan dan Pengurusan Hotel Sri Lanka di Colombo sebagai sebahagian daripada festival masakan Malaysia yang sedang berlangsung di Sri Lanka.
Para pelajar kulinari teruja untuk mempelajari hidangan popular dan teknik yang menjadi sebahagian daripada warisan makanan Malaysia, menurut satu hantaran di Facebook oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo pada Selasa.
Pengalaman kulinari Malaysia yang menumpukan pada makanan laut sedang dianjurkan di Berjaya Hotel Colombo.
Galle Face Hotel dengan kerjasama misi diplomatik Malaysia, menganjurkan festival makanan Malaysia pada 7-8 September.
-- BERNAMA
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo #festival masakan Malaysia #Sri Lanka #cef Malaysia
;