Cedera jatuh motor pun nak politikkan - Syed Saddiq

Astro Awani
Disember 31, 2018 15:06 MYT
Syed Saddiq mendedahkan tahap kecederaan yang dialaminya itu di laman Twitter.
Kelibat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika hadir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat lalu menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai persepsi.
Mana tidaknya, Ketua Armada itu tiba dengan berpakaian baju Melayu Johor berwarna merah dengan muka berbalut sambil kaki terhincut-hincut.
Ketika ditemui Astro AWANI, beliau memaklumkan telah mengalami kemalangan motosikal.
“Saya cedera sikit, jatuh.”
Susulan pelbagai spekulasi berhubung wajahnya yang bertampal kain kasa sepanjang perhimpunan itu, hari ini beliau tampil menunjukkan tahap kecederaan yang dialaminya di laman Twitter.

Cedera jatuh motor pun ada pihak nak politikkan. Let the photo speak for itself. Bagi mereka yang fitnah saya, saya doakan saudara saudari akan kembali ke jalan yang benar. Malam ni saya akan bersama DS @drwanazizah dalam aktiviti Street Dakwah.#YouthPower pic.twitter.com/21AetqQi3h

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Cedera jatuh motor pun ada pihak nak politikkan. Let the photo speak for itself.
"Bagi mereka yang fitnah saya, saya doakan saudara saudari akan kembali ke jalan yang benar."
Syed Saddiq hadir bersama timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada acara Street Dakwah di KLCC di sini, Isnin malam, sempena sambutan Tahun Baru 2019.
#cedera pipi #jatuh motosikal #kaki terhincut-hincut #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Perhimpunan Agung Tahunan #Syed Saddiq #Wan Azizah