Hanya kerana seorang wanita sekumpulan lelaki bergaduh di gelanggang bola keranjang di Seri Kembangan, Serdang, Rabu lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan kejadian berlaku pada 10.30 malam ketika sekumpulan lelaki bermain bola keranjang sebelum diserang 15 lelaki lain.
"Kejadian itu menyebabkan segelintir mereka mendapat kecederaan serta beberapa barangan mereka dilarikan.
"Siasatan lanjut mendapati punca kejadian berkaitan dengan perebutan seorang wanita dipercayai merupakan teman wanita kepada seorang individu daripada kumpulan tersebut.
"Difahamkan, teman lelaki wanita itu berang dengan seorang daripada mangsa menyebabkan pergaduhan itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ismadi berkata polis menolak wujudnya unsur gengsterism serta perkauman dalam kejadian itu kerana kedua kumpulan tersebut saling mengenali.
"Sehubungan itu, polis telah menahan enam lelaki kesemuanya berusia 16 hingga awal 20-an yang disyaki positif terlibat dengan kejadian.
"Kesemua barangan mangsa juga telah ditemui dan polis percaya kes tersebut telah berjaya diselesaikan," jelasnya.
Tambah Ismadi, enam suspek tersebut akan direman di Mahkamah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh
Afiezy Azaman
Fri Jan 03 2020
Kejadian berlaku pada 10.30 malam ketika sekumpulan lelaki bermain bola keranjang sebelum diserang 15 lelaki lain. - Sumber foto PDRM
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Kes tular: Gaduh dalam restoran, 4 rakan sekerja didenda RM1,000
Empat rakan sekerja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret.
Lapan lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan
Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan, Selasa lepas.
Dua lelaki bergaduh sebab tangisan kanak-kanak ditahan
Suara tangisan kanak-kanak dipercayai menjadi punca pergaduhan antara dua individu sebelum mereka diberkas dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Subang Bestari pada Jumaat.
Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.
Polis lengkapkan kertas siasatan kes gaduh penghantar makanan, 'pak guard'
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes pergaduhan melibatkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di ibu kota dekat sini.
Warga emas ditemukan maut selepas bergaduh
Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan cedera di mulut, mata dan muka, di tempat letak kereta sebuah hotel di Genting Highlands, selepas dirakam bergaduh di lobi hotel.
Polis sahkan video tular jiran bergaduh berlaku pada Jumaat
Dua laporan polis telah dibuat kedua-dua dua individu yang terbabit dalam kejadian tersebut pada hari yang sama.
Enam ditahan kerana bergaduh susulan kemalangan
Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku susulan satu kejadian kemalangan maut di Tanjung Bungah, Isnin lepas.
Empat ditahan bergaduh selepas mabuk
Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di Kulai.
"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.