Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi tempatan

Afiq Ariffin
Ogos 9, 2019 17:06 MYT
BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi terbitan Animonsta dengan kerjasama Astro Shaw dan filem berkenaan berjaya mencipta rekod baharu filem animasi tempatan.
FILEM animasi bergenre aksi, BoBoiBoy Movie 2 (BBB2) berjaya raih kutipan RM1.18 juta pada hari pertama ia ditayangkan!
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw pada petang Jumaat
BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi terbitan Animonsta dengan kerjasama Astro Shaw dan filem berkenaan berjaya mencipta rekod baharu filem animasi tempatan.
Di media sosial, rata-rata netizen berpendapat bahawa jalan cerita filem animasi itu sangat menarik selain suntingan animasi CGI filem itu yang cantik serta kemas.

done tgk #BoBoiBoyMovie2 dgn ayah aku yg dh umur 81 tahun. sumpah best weh. even kau tak prnh tgk boboiboy, boleh je layan movie ni. animation serius lawa, background music epik gila.. punchline semua sampai. so supportla animation lokal kita. overall 9.5/10. terbaik! pic.twitter.com/Bc0jYiysSH

— afiera (@afierayeehaww) August 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I WATCH THE MOVIE TWICE!! I promise, this movie is worth to watch! No matter how old you are! #BBBM2 #BoBoiBoyMovie2 pic.twitter.com/wnAoJfc1mO

— HYPE #BBBM2 (@rainalex_) August 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Watching boboiboy movie 2 again! It was so good i can't help it pic.twitter.com/kfTqUggk3T

— Pici (@izuka_momo) August 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem itu telah mula ditayangkan pada 8 Ogos dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.
Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
#Astro #Astro Shaw #Boboiboy Movie 2 #filem animasi #kutipan #movie #tertinggi
;