Seorang nelayan di Dungun tidak menyangka bau busuk yang disangkakan bangkai biawak di kawasan semak sebenarnya adalah bau dari mayat manusia.
Yusof Harun,54, menemui mayat berulat tersebut di tepi pantai Kampung Rantau Abang di sini kira-kira pukul 4.30 petang Isnin.
Yusuf berkata, sebelum kejadian dia sedang berjalan menyusur sepanjang pantai itu untuk mencari pelampung pukatnya yang hanyut .
Beliau kemudian memaklumkan penemuan mayat tersebut kepada rakannya dan membuat laporan di Pondok Polis Rantau Abang.
Mayat yang semakin mereput itu menurutnya hanya mempunyai cebisan daging di bahagian dada dan sebatang tulang kaki kanan.
Ketua Polis Daerah pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu namun polis setakat ini masih belum menerima laporan berhubung kejadian orang hilang.
Mayat terbabit kemudiannya dibawa ke bilik forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Astro Awani
Mon Feb 24 2014
Gambar Hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Mayat bayi disangka patung mainan
Seorang pekerja tidak menyangka menjumpai mayat bayi yang cukup sifat semasa menjalankan kerja pembersihan.