Cara ketepikan ICERD dengan bijaksana - Anwar
Astro Awani
November 23, 2018 08:05 MYT
November 23, 2018 08:05 MYT
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara memerlukan kestabilan dan keharmonian antara kaum berasaskan kepada tunjang utama negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Anwar, kerajaan tidak menolak serta merta Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebaik sahaja polemik ini hebat diperkatakan kerana berasaskan hujah yang strategik.
"Sebab apa kita tidak harus menolak serta merta? Menolak tanpa penjelasan akan bererti tanggapan masyarakat antarabangsa termasuk kalangan pelabur adalah kita ini adalah negara yang mengamalkan diskriminasi dan tidak adil.
"Menerima sepenuhnya dalam keadaan sekarang akan mencetuskan ketegangan kerana kita belum yakin apakah peraturan ini akhirnya akan menekan kita dan menafikan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Sebaliknya tangguh sahaja,” jelas Anwar ketika bual bicara eksklusif AI yang disiarkan di Astro AWANI pukul 8.30 malam pada Khamis.
#AI
#Anwar Ibrahim
#Astro Awani
#berita hari ini
#berita Malaysia
#Berita Terkini
#ICERD
#ICERD Malaysia
#isu semasa
#Pakatan Harapan
#tolak ICERD