Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam afidavit yang dibuat oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini.
Presiden AAS Ranbir Singh Sangha berkata RCI itu seharusnya hanya ditubuhkan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melengkapkan siasatan mereka berhubung perkara itu.
"Bagi mengelak tanggapan berat sebelah, RCI itu tidak sepatutnya diketuai oleh seorang hakim yang telah bersara atau seorang anggota badan kehakiman, atau pegawai yang sedang bertugas atau pernah bertugas dengan Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
BACA: Badan kehakiman buat laporan polis berhubung dakwaan dalam afidavit
Ranbir berkata AAS memberi perhatian serius terhadap dakwaan dalam afidavit selain pengaturan masa afidavit itu yang boleh menghakis keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman yang sedang dalam proses reformasi.
"AAS berpandangan bahawa terdapat ramai hakim yang berkeupayaan dan jujur, berkhidmat di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, yang reputasi dan moralnya sayangnya akan tercalar serta terhakis disebabkan insiden malang ini," katanya.
"Kami harap agensi penguatkuasa undang-undang yang berkaitan akan memulakan serta melengkapkan siasatan mereka dengan pantas supaya jika perlu, RCI boleh diarahkan bersidang oleh kerajaan," jelas beliau.
BACA: Jangan sampai kes seperti Kevin Morais itu berulang - Peguam
Ranbir berkata reformasi badan kehakiman yang sedang mengambil tempat dan berjalan sejak pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak "bukanlah bersifat kosmetik" memandangkan proses reformasi sedang dilaksanakan, misalnya kaedah pengundian hakim untuk mendengar kes.
"Selain itu, tiga badan peguam (AAS, Majlis Peguam dan Persatuan Undang-undang Sabah) kini dilibatkan dalam rundingan berkaitan pelantikan hakim baharu," katanya, dan menambah, banyak usaha ke arah reformasi telah dihebahkan kepada pemegang kepentingan dan oleh pihak media.
TONTON: Pertingkatkan tahap keselamatan Hakim Hamid Sultan Abu Becker
Mengenai dakwaan yang terkandung dalam afidavit itu, beliau berkata aduan seharusnya dibuat dan didengar oleh Jawatankuasa Etika Hakim yang termaktub di bawah Seksyen 5 Akta Jawatankuasa Hakim-hakim 2010 atau kepada Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum lepas.
Afidavit 63 muka surat itu mendedahkan maklumat terperinci dan mengejutkan berhubung beberapa insiden campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia, termasuk dakwaan campur tangan dalam keputusan rayuan kes di bawah Akta Hasutan bekas Pengerusi Kebangsaaan DAP mendiang Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019
![Campur tangan badan kehakiman: Peguam Sarawak mahu kerajaan tubuh RCI Campur tangan badan kehakiman: Peguam Sarawak mahu kerajaan tubuh RCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550614637_IstanaKehakiman.jpg)
Ranbir berkata reformasi badan kehakiman yang sedang mengambil tempat dan berjalan bukan bersifat kosmetik. - Gambar hiasan
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
![Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705406279_TBTengkuzafrulj.jpg)
Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta.
![Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655116763_TBnajib.jpg)
Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.
![Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615466911_TBMCAPahang.jpg)
Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.
![Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614615309_MuhammadShafeeAbdu.jpg)
Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, sebulat suara menolak permohonan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman berkaitan keterangan tambahan semasa rayuan itu.
![Sultanah Nur Zahirah tak setuju kenyataan fitnah tidak merujuk kepada baginda Sultanah Nur Zahirah tak setuju kenyataan fitnah tidak merujuk kepada baginda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81568134259_SultanahNurZahirah.jpg)
Sultanah Nur Zahirah tak setuju kenyataan fitnah tidak merujuk kepada baginda
Rewcastle-Brown berpegang pada afidavit John Ellision Kahn yang disahkan pada 24 Jun tahun ini, dengan menyatakan bahawa kenyataan yang diadu dirujuk kepada Sultan dan bukan permaisuri Sultan.
!['Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara' 'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563957269_TBINKUESADIB.jpg)
'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'
Keluarga Muhammad Adib sebaliknya hanya mahu Peguam Negara itu tampil memohon maaf.
![Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563957269_TBINKUESADIB.jpg)
Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.
!['Saya tak pernah lari daripada bayar cukai' 'Saya tak pernah lari daripada bayar cukai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554828904_PerdanaMenteriNajib.jpg)
'Saya tak pernah lari daripada bayar cukai'
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.
![Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548475167_mahkmahputrajaya.jpg)
Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M
Terpulanglah kepada suruhanjaya siasatan diraja itu kelak untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini.
![Campur tangan kehakiman: Tubuh RCI patut mula semalam - Peguam Campur tangan kehakiman: Tubuh RCI patut mula semalam - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550660628_HaniffKhatri.jpg)
Campur tangan kehakiman: Tubuh RCI patut mula semalam - Peguam
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata RCI itu perlu ditubuhkan melalui satu jawatankuasa khas dan sepatutnya ia ditubuhkan semalam, iaitu 19 Februari 2019.