Calon UPSR mengaku bersalah curi motosikal
Astro Awani
Julai 7, 2019 15:42 MYT
Julai 7, 2019 15:42 MYT
Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengaku bersalah mencuri sebuah motorsikal pada Jun lalu.
Pengakuan itu dibuat ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan tertuduh yang telah melakukan kesalahan mencuri sebuah motorsikal jenis Modenas Kriss yang bernilai RM1,000.
Perbuatan itu dilakukakan pada 25 hingga 26 Jun lalu sekitar jam 7.30 malam hingga 6.30 pagi di bawah garaj hadapan Blok E Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000.
Hakim kemudian menetapkan 24 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.
#Blok E Flat Gelong Bilal
#calon upsr
#calon UPSR mengaku salah
#curi motosikal
#Seksyen 379 a Kanun Keseksaan