Calon PRU14 dengan ikatan keluarga: Siapa dan di mana mereka?

Astro Awani
April 28, 2018 05:58 MYT
Mahathir diumumkan bertanding di Parlimen Langkawi, Mukhriz di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra, Johari Bulat di DUN Kuah manakala Mohd Firdaus Ahmad di DUN Ayer Hangat pada satu majlis di Langkawi, 15 April, 2018. --fotoBERNAMA
Isu ikatan kekeluargaan dalam dunia politik bukan sesuatu yang baru atau asing.
Untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, beberapa calon mempunyai ikatan kekeluargaan, dari bapa dan anak hingga ke adik beradik.
Sebagai contoh, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dan anaknya Datuk Seri Mukhriz yang akan bertanding di Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.
Kedua-duanya mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR dalam PRU ini.
Sementara itu, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan bertanding untuk kerusi Parlimen Pandan dan anak perempuan mereka, Nurul Izzah, di kerusi Parlimen Permatang Pauh, mewakili PKR.
Dalam kalangan adik beradik pula, anak-anak kepada mendiang Karpal Singh dari DAP, turut akan bertanding.
Mereka adalah Jagdeep Singh Deo (DUN Datuk Keramat), Gobind Singh (Parlimen Puchong) dan Ramkarpal Singh (Parlimen Bukit Gelugor).
Keluarga mana lagi yang bakal bertanding untuk PRU14? Saksikan infografik ini yang disediakan oleh wartawan Astro AWANI, Shafizan Johari.
#adik beradik #calon #infografik #Karpal Singh #keluarga #Langkawi #Mahathir Mohamad #MalaysiaMemilih #Mukhriz Mahathir #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #Permatang Pauh #pilihan raya umum #PRU14 #Wan Azizah #Wan Azizah Wan Ismail
;