#CadanganRakyat: Rancakkan ekonomi, satu-satunya cara selesaikan hutang negara - Dr Yusof Saari

Pritha Manivannan
Jun 5, 2018 20:30 MYT
Malaysia harus mencari haluan pertumbuhan eksport yang baharu atau mencari industri yang baharu yang boleh dibangunkan. - Gambar hiasan
Keadaan hutang negara yang tinggi boleh ditangani dengan merancakkan ekonomi terutamanya dalam sektor eksport.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Yusof Saari memberi cadangan tersebut kepada kerajaan yang sedang mencari formula terbaik untuk meletakkan kembali ekonomi Malaysia di landasannya.
“Kerajaan harus mencari sumber pertumbuhan baharu dan merancakkan semula eksport, kerana dengan eksport, negara akan dapat pertukaran mata wang asing dan pertukaran mata wang asing itu akan menjadi salah satu pendapatan kepada negara yang boleh digunakan untuk membayar hutang.
“Kita sebuah negara yang kecil, untuk merancakkan ekonomi, kita harus mencari haluan pertumbuhan eksport yang baharu atau mencari industri yang baharu yang boleh dibangunkan,” katanya dalam episod #CadanganRakyat.
Tambahnya, usaha menuju ke arah tersebut sudahpun kelihatan, dengan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed yang bakal melawat Jepun bulan depan.
Ini katanya bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang bakal mengubah sentimen pelabur untuk melabur di Malaysia.
Sementara itu, netizen turut menyertai perbincangan episod minggu ini mengenai sumbangan dan pengorbanan rakyat dalam usaha mengurangankan beban hutang negara.
Antara cadangan yang disampaikan menerusi media sosial, adalah dengan membayar segala hutang dan saman yang masih tertangguh.

Sebagai rakyat bare minimal Bayar income tax Bayar PTPTN Bayar saman polis/AES

— John Jenin (@iambadakcipan) June 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Educate rakyat on responsibility on paying tax, PTPTN loan etc. The number of PTPTN defaulters proved that Malaysians are much far from being really educated.

— Hasrol Rosli (@buttercity) May 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1. Tingkatkan productivity & persaingan dlm bidang kerja/ bisnes - no MC culture. 2. Selesaikan Tunggakan PTPTN & cukai-cukai 3. Berdikari - elakkan sedekah/layanan khas kerajaan

— Tigressvsleo (@ahnya14) June 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selesaikan PTPTN, dh selesai tanya jiran sekeliling yang bukan kaya raya tu (jiran in term of Islam (baca : orang yang tinggal 40 kiri kanan depan belakang)) siapa yg tak habis bayar PTPTN, tolong dia, sebab bukan majority yg dapat PTPTN ni orang kaya boleh melancong luar negara.

— Am (@hudkri) May 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Membayar cukai pendapatan penuh tanpa meminta pampasan.

— Thinesh Raj (@im_trg) May 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga antara mereka yang mencadangkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan dalam bentuk hiburan seperti lawatan dan majlis rasmi.

Selain tabung, kerajaan patut kurangkan belanja utk majlis2 rasmi kerajaan, all those protocols, sofa seats, backdrops, geng menari, backdrops, kereta2 pengiring, duduk hotel mewah, sewa event hotel mewah etc. Banyak cara klu nk berjimat, nak atau tak nak je.

— Hisyam.hza (@HisyamHza) May 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, ada netizen yang berpendapat bahawa sumbangan minimum kepada Tabung Harapan Malaysia boleh membantu negara.

Saya cadangkan rm10 untuk 1 keluarga , apa lah sgt rm10 ok apa... kita sggp ssh senng bersama tun M , why not

— Alyaa Mohamad Nor (@alyaa_nor) May 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hutang negara yang didedahkan kerajaan Pakatan Harapan mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Angka tersebut setakat 31 Disember 2017.
Dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang Kerajaan Persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan komited untuk membayar hutang jaminan kerajaan dalam beberapa entiti yang tidak mampu membayar hutang.
Ia merangkumi RM199.1 bilion atau 14.6 peratus berbanding KDNK.
#cukai #ekonomi #hiburan #Jepun #KDNK #keluarga #kerajaan #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Malaysia #menteri #Pakatan Harapan #PTPTN #rakyat #saman
;