Kerajaan Sarawak telah berbincang dengan kerajaan Persekutuan melalui Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai cadangan pinjaman kontra berjumlah RM1 bilion yang akan diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah daif di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata aturan untuk menawarkan RM1 bilion sebagai kontra pembayaran pinjaman negeri sebanyak RM2.4 bilion telah dipersetujui secara prinsip oleh kedua-dua pihak.
"Kami juga telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MOF)," katanya kepada pemberita pada majlis Satok Gawai Raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kampung Segedup di sini Sabtu malam.
Mengulas mengenai kenyataan oleh MOF semalam bahawa kerajaan negeri belum memberikan sebarang maklum balas rasmi kepada kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu, Abang Johari juga berkata beliau tidak dimaklumkan tentang sebarang perubahan perjanjian awal dengan Maszlee semasa mesyuarat mereka pada Mei lalu.
Beliau masih belum melihat butir-butir empat mekanisme undang-undang yang ditetapkan oleh MOF mengenai cadangan kerajaan Sarawak untuk menggunakan pembayaran balik pinjaman kontra untuk membaiki sekolah yang usang itu, kata Ketua Menteri.
Dalam kenyataan itu, Kementerian Kewangan berkata pendirian kerajaan Persekutuan terhadap kaedah pembaikan sekolah di Sarawak oleh empat mekanisme undang-undang telah dijelaskan kepada kerajaan Sarawak semasa mesyuarat di kementerian pada 11 Mac 2019, diikuti dengan surat bertarikh 20 Mac, 2019.
Pertama, kerajaan Sarawak mesti membayar balik sehingga RM1 bilion daripada jumlah hutangnya daripada kerajaan Persekutuan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan. Ini adalah selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kedua, kerajaan Persekutuan akan menyalurkan jumlah yang sama seperti yang dibayar oleh kerajaan negeri sebagai peruntukan untuk digunakan bagi projek-projek membaiki sekolah-sekolah yang usang di Sarawak.
Ketiganya, kerja-kerja pembaikan sekolah-sekolah yang usang di Sarawak perlu ditawarkan menerusi tender terbuka, untuk memastikan ketelusan dan nilai saksama berdasarkan pengaturan kewangan Kerajaan Persekutuan semasa.
Keempat, kerajaan Persekutuan bersedia untuk mempertimbangkan keutamaan kerajaan Sarawak dalam menentukan sekolah-sekolah yang akan diperbaiki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2019
Aturan untuk tawarkan RM1 bilion sebagai kontra pembayaran pinjaman negeri sebanyak RM2.4 bilion telah dipersetujui secara prinsip oleh kedua-dua pihak. - Gambar fail
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Budaya bermukun perlu dipertahankan - Premier Sarawak
Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Premier Sarawak bentang belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk 2025
Premier Sarawak hari ini membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk tahun depan.
CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.
Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri - Premier Abang Johari ulas kenyataan Tun M
Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.
Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar - Abang Johari
Langkah proaktif Sarawak membangunkan lapangan terbang menggunakan dana sendiri menarik minat pelabur luar untuk turut serta.