Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora

Astro Awani
Julai 16, 2016 08:51 MYT
Polis Perak cadang supaya kamera AES dan bonggol dipasang berhampiran Terowong Menora bagi mengurangkan kadar kemalangan. -Gambar fail
Polis Perak mencadangkan supaya kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan bonggol dipasang di kawasan Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora bagi mengurangkan kadar kemalangan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Wan Jamil Wan Chik memaklumkan ia adalah antara cara untuk mendidik orang ramai, khususnya pemandu bas, agar memandu mengikut had laju yang ditetapkan.
Jelas Wan Jamil, kawasan berkenaan boleh menyebabkan kemalangan jika memandu dalam keadaan laju.
Katanya, dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 1,783 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh Perak sepanjang Op Selamat 9 yang dilaksanakan sejak 29 Jun hingga 31 Julai lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 36 adalah kemalangan maut yang mengakibatkan 37 kematian.
#AES #PLUS #polis perak #Sistem Penguatkuasaan Automatik #Terowong Menora #Wan Jamil Wan Chik
;