Cadangan nama Presiden UIAM baharu dikemukakan kepada PM, Sultan Pahang

Bernama
Januari 10, 2019 04:30 MYT
Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda. - Gambar fail/@OfficialIIUM Facebook
Kementerian Pendidikan telah mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan berkata Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.
"Ia selaras dengan peruntukan 25 (1A) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan Presiden UIAM ke-8 yang baharu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.
Pada 6 Jan lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden UIAM dengan tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2021.
BACA JUGA: Polis tahan Datuk Seri, tipu jual syiling emas potret Sultan Pahang
-- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan #Mahathir Mohamad #Malaysia #Maszlee Malik #Pahang #pendidikan #Perdana Menteri #PM #Presiden UIA #Sultan Pahang #UIA