Kerajaan sudah menerima beberapa cadangan untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kedah sebagai sebuah lapangan terbang kargo.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika ini perkara itu sedang diteliti oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk pertimbangan kementerian berkenaan.
Jelasnya, pembinaan KXP itu kelak akan membawa kebaikan jangka panjang seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi kepada negeri di Wilayah Utara dan juga Selatan Thailand.
“Kita telah menerima beberapa cadangan untuk membangunkan Kulim Airport dan cadangan ini sedang diteliti oleh agensi Northern Corridor yang diketuai oleh Datuk Seri Singam dan perkara ini akan dipertimbangkan kementerian.
“Kita mengambil maklum bahawa keperluan lapangan terbang ini baik untuk jangka panjang, baik untuk negara dan Pulau Pinang, Kedah dan Perak dan lihat sebagai contoh banyak aktiviti ekonomi diantara selatan Thailand melalui Pulau Pinang dan sudah tentu kapasiti ini pada satu masa nanti ia akan memerlukan kerja-kerja penaiktarafan, pembesaran sama ada Pelabuhan Pulau Pinang atau Lapangan Terbang," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Kunci Casa Anggun di Sungai Nibong di sini hari ini.
Mohamed Azmin berkata, kewujudan KXP akan menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ( LTAPP) dalam usaha menarik lebih banyak pelabur ke negara ini khususnya kepada negeri di Wilayah Utara.
Menurutnya, Pulau Pinang mempunyai kekuatan tersendiri apabila mempunyai LTAPP selain pelabuhan yang dimiliki negeri itu.
Bagaimanapun katanya, kapasiti LTAPP kini berada di tahap maksimum dan beberapa perkara perlu dipertimbangkan sekiranya pembesaran LTAPP mahu dilakukan.
Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan bantahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung pembinaan KXP, Mohamed Azmin bagaimanapun menyifatkan perkara tersebut adalah satu bentuk perbincangan yang sudah pun diperhalusi.
Sebelum ini Kerajaan Pusat meluluskan cadangan pembinaan projek KXP membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Aug 03 2019
Mohamed Azmin Ali berkata, ketika ini perkara itu sedang diteliti oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk pertimbangan kementerian berkenaan. - Gambar fail
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.