Cadangan 'drastik' tangani jenayah jalanan

Zarina Hafiz
Mei 30, 2013 14:04 MYT
Polis akan mencadangkan kepada kerajaan beberapa langkah 'drastik' dalam usaha menangani jenayah jalanan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Salah satu daripada cadangan strategi yang dipertimbangkan adalah untuk memperkenalkan 'zon selamat' di sesetengah kawasan di bandar-bandar, di mana penunggang motosikal tidak akan dibenarkan masuk.
Khalid berkata langkah ini mungkin drastik tetapi ia sudahpun dilakukan di negara lain.
Untuk laporan lanjut, klik video.
#drastik #motosikal #Tan Sri Khalid Abu Bakar #zon selamat
;