KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM34 juta bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir sehingga semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir perlu dipermudahkan dan disegerakan.
"Agihan BWI ini sudah mula diterima mangsa banjir semalam," katanya menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Beliau berkata mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali semalam memutuskan bantuan berkenaan akan dilaksanakan menerusi serahan tunai.
"(Ini) bagi memastikan mangsa banjir segera menerima BWI," katanya.
Ismail Sabri berkata terdapat tiga kaedah penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).
Katanya tiga kaedah berkenaan akan mempermudahkan urusan penyaluran BWI dengan lebih efektif dan pantas.
Beliau berkata bantuan berkenaan sudah mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
"Usaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar sedang giat dijalankan oleh PKOB dan ICU (JPM)," katanya.
Sebelum ini Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
![BWI: RM34 juta disalurkan kepada 34,000 ketua isi rumah terjejas banjir sehingga semalam - PM BWI: RM34 juta disalurkan kepada 34,000 ketua isi rumah terjejas banjir sehingga semalam - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640494786_IsmailSabri.jpg)
Ismail Sabri berkata terdapat tiga kaedah penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).- Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Bantuan bencana banjir BWI diteruskan - Wilson Bantuan bencana banjir BWI diteruskan - Wilson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642937278_TBBWI.jpg)
Bantuan bencana banjir BWI diteruskan - Wilson
Kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa bencana yang layak termasuk pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR).
![Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673429724_PenyerahanSuratan.jpg)
Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang
Sebanyak 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000
![Nadma nafi edar borang bantuan banjir Nadma nafi edar borang bantuan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671889999_BanjirMulaSurut.jpg)
Nadma nafi edar borang bantuan banjir
Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.
![Mangsa banjir lega terima bantuan RM2,500 Mangsa banjir lega terima bantuan RM2,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643494181_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Mangsa banjir lega terima bantuan RM2,500
Rosli berkata, bantuan akan digunakan untuk menggantikan perabot yang rosak akibat banjir, setelah rumahnya dinaiki air paras lutut.
![Kelewatan bantuan BWI disebabkan keraguan dalam tuntutan - PM Kelewatan bantuan BWI disebabkan keraguan dalam tuntutan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643082208_TBBOMBABANTUANjpg.jpg)
Kelewatan bantuan BWI disebabkan keraguan dalam tuntutan - PM
Perkara tersebut telah menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses pengesahan terhadap setiap tuntutan yang dikemukakan mangsa banjir.
![Banjir: Agihan BWI di enam negeri capai 100 peratus Banjir: Agihan BWI di enam negeri capai 100 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642514430_TBBWI.jpg)
Banjir: Agihan BWI di enam negeri capai 100 peratus
Setakat jam 8 pagi Rabu, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI.
![Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641829692_Melakabanjir.jpg)
Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir
Lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
![85.7 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari ini - PM 85.7 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari ini - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641292391_TBMAIL.jpg)
85.7 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari ini - PM
Seramai 44,573 atau 85.7 peratus daripada 52,024 ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641190708_TBHAJIJI.jpg)
Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
Kerajaan Sabah berharap Kerajaan Pusat akan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).
![Banjir: Mangsa yang layak terima bantuan digesa segera hantar permohonan Banjir: Mangsa yang layak terima bantuan digesa segera hantar permohonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640705187_banjir.jpg)
Banjir: Mangsa yang layak terima bantuan digesa segera hantar permohonan
Masih terdapat mangsa yang tidak berpindah ke PPS tetapi terjejas banjir tidak membuat pendaftaran bagi menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).