Zainuddin Mohd Noordin, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, Zainuddin didakwa menyebabkan kecederaan terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun itu pada 4 petang 15 Feb, dengan menggunakan sebatang kayu di sebuah kedai gunting di Kampung Bukit Kechik, Gunong, Bachok dekat sini.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan untuk lelaki itu tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli dan Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.
-- BERNAMA
