Buruh didakwa rogol 'teman wanita' berusia 12 tahun

Wanna Abd Rahim
Disember 1, 2022 15:37 MYT
Seorang buruh (tengah) berdepan dua pertuduhan merogol teman wanitanya yang juga kanak-kanak bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis.
KOTA BHARU: Seorang buruh berdepan dua pertuduhan merogol ‘teman wanitanya’ yang juga kanak-kanak bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis.
Tertuduh didakwa merogol seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun pada pukul 4 pagi di sebuah bilik di Kampung Dalam Huma Batu 23 Labok, Machang, sementara bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan amang seksual di lokasi yang sama, masing-masing pada pada 17 Oktober dan 19 November lepas.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.
Sehubungan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama hampir 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin tidak mencadangkan sebarang jaminan.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Januari depan.
#buruh didakwa #rogol teman wanita #teman wanita berusia 12 tahun #amang seksual
;