Buruh didakwa rogol remaja perempuan

Nur Fazlizai Ali
April 14, 2022 12:50 MYT
Raja Mohd Yusof Raja Husin ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp.
Pengakuan itu dibuat tertuduh Raja Mohd Yusof Raja Husin, 25, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol mangsa yang berusia 14 tahun 5 bulan ketika kejadian.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 9 september tahun lalu di sebuah rumah di Marang pada jam 3 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu mahkamah menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
#rogol #remaja #pelajar #Raja Mohd Yusof Raja Husin
;