Buruh didakwa cabul kanak-kanak 8 tahun

Sharom Abu Bakar
Mac 28, 2019 21:32 MYT
Azri diiringi polis ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad. - Astro AWANI
Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Azri Ab Rashid membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Mustapha di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah kuarters di Pengkalan Berangan, Marang, kira-kira pukul 4 petang, 13 Mac lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes disebut semula pada 30 April ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M. Lishantini.
#cabul #dera seksual #Kanak-kanak #Kuala Terengganu #pedofil
;