Seorang buruh binaan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Militan Islam (IS).
Tertuduh Muhammad Kasyfullah Kasim, 36 bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.
Ketika pertuduhan dibacakan, Muhammad Kasyfullah kelihatan tenang dan hanya mengangguk faham.
Dia didakwa memasuki Syria dengan menaiki pesawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), untuk memberi sokongan dengan menjadi ahli kumpulan IS.
Sementara bagi pertuduhan pilihan, dia didakwa melakukan perbuatan pengganas dengan membabitkan penggunaan senjata api untuk melanjutkan perjuangan ideologi bagi menggugat orang awam di Syria.
Pertuduhan pertama dan pilihan itu didakwa dilakukan antara 28 Disember 2013 hingga 7 April tahun ini.
Sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda.
Pendaftar Mahkamah Majistret Sesyen Rozaidi Yaacob kemudiannya menetapkan 13 Februari 2015 untuk sebutan semula kes.
Hakim Rahman
Wed Dec 24 2014
![Buruh binaan didakwa sokong militan IS Buruh binaan didakwa sokong militan IS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51419414375_295x200.jpg)
Ketika pertuduhan dibacakan, Muhammad Kasyfullah (foto) kelihatan tenang dan nhaya mengangguk faham. - Foto PDRM
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Kerajaan terus perkasa agenda bagi memudahcara perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (Ease of Doing Business).
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
1.5 penjawat awam tahu kadar gaji baharu hari ini
Lebih 1.5 juta penjawat awam di negara ini akan mengetahui kadar gaji baharu masing-masing apabila berita gembira itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri di PICC, hari ini.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721551260_Bekaspensyarahdis.jpg)
Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
![Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721536505_tbPENGGANASISLAMIC.jpg)
Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS
Seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan bacaan, menghasut dan memberi kemudahan menyokong perbuatan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
![Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719293418_tbsuamiisteri.jpg)
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
![Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650040220_TBjabatanperangkaan.jpg)
Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan
Indeks Pelopor Malaysia terus menyusut kepada negatif 2.7 peratus, mencatatkan 108.4 mata pada April 2023 berbanding 111.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
![68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang 68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620577767_AfghancapitalKabul.jpg)
68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang
Kematian akibat serangan bom di luar sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa pada Ahad.
![Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592527058_PBB.jpg)
Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia
Tempoh 90 hari gencatan senjata tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.
![Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71580445449_TBxjpg.jpg)
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Irwanzir yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
![Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574007566_DonaldTrump.jpg)
Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan
Tindakan Donald Trump ampun tiga tentera AS terlibat jenayah di Iraq dan Afghanistan dikutuk. United Kingdom turut didesak ambil tindakan kes bunuh libatkan tenteranya.
![Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573619816_TBUKAYS.jpg)
Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
![Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566378969_TBAYOBKHAN.jpg)
Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis
Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu.