Bursa Malaysia beroperasi separuh hari pada Tahun Baharu Cina, tutup menjelang 1 dan 2 Feb
Bernama
Januari 18, 2022 08:41 MYT
Januari 18, 2022 08:41 MYT
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa dagangan bursa akan dibuka untuk sesi pagi hanya pada hari Isnin, 31 Jan depan dan akan ditutup untuk sesi petang menjelang Tahun Baharu Cina (CNY).
"Bagaimanapun, perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing; perkhidmatan depositori yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository termasuk perkhidmatan penjelasan yang disediakan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing akan diteruskan seperti biasa sehingga akhir hari perniagaan,'' katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bursa Malaysia dan semua anak syarikatnya akan ditutup pada 1 dan 2 Feb depan sempena cuti CNY dan Hari Wilayah Persekutuan.
Bursa dan anak-anak syarikatnya akan meneruskan perniagaan pada 3 Feb 2022.
-- BERNAMA